
Benda simple, tapi ramai yang tidak tahu. Malah, ramai pengguna Revit dan CAD tidak sedar kewujudan fungsi transmit ni.
Dalam sesi sharing ni, saya tidak bercadang nak mengulas tentang penggunaan CDE atau ACC / BIM 360 dalam pengurusan coordination BIM file atau penggunaan plug in atau pengurusan perkongsian file tertakluk pada BPEP yang telah ditetapkan. Tetapi saya nak kongsi jika kita menggunakan kaedah manual atau cara traditional bila kita nak kongsi file kat orang hanya dengan menggunakan fungsi yang sudah tersedia dalam revit dan cad.
Masalah
Selalunya bila kita nak kongsi file, kita akan bukak folder file, then copy paste, bagi melalui USB, email, dropbox, google drive dan sebagainya. Betulkan?
Masalah akan timbul apabila si penerima menerima file ini, berlakunya masalah seperti revit link tiada, kena re-link balik, hilang gambar jpeg, hilang keynote, dan kalo bagi pengguna cad, X-ref hilang, pen assignment tiada dan etc.
Maka disini saya kongsikan cara yang saya belajar dan gunakan kalau nak kongsi file secara manual ni. Iaitu menggunakan fungsi transmit bagi revit, dan E-transmit bagi cad.
Â
Kelebihan publish transmit
Revit - Bila kita menggunakan fungsi transmit ini, file kita akan dipublish dalam bentuk folder dan segala maklumat link file,link cad, keynote, jpeg image akan dibawa bersama dan di embed dalam main file kita. Maka apabila si penerima menerima file ini, bila dia buka main file, tiada satu pun item yang akan hilang.

Â
Cad – bila guna e-trasnmit, segala x-ref, pen assignment, jpeg image, dan segala link akan dipublish dalam bentuk zip file. Maka si penerima akan extract zip file tersebut dan bila buka cad file tersebut, segala nya akan berada dalam file tersebut termasuk setting pen assignment,

Â
Nota:
kalau ada tersalah atau ada cara manual yang lebih bagus boleh maklum saya ye.
Sekian.
Ar Ahmad Zulkamal.